Yang manakah lebih mesra alam: Cetak atau digital?

Sudah tentu pernah kita membaca pesanan sebegini di hujung e-mel: Jagalah bumi kita dan jangan cetak e-mel ini kecuali untuk urusan penting. Namun, adakah pendekatan tanpa kertas lebih mesra alam sedangkan alat elektronik kita juga mempunyai jejak karbon yang tinggi? Jawapannya sebenarnya bergantung kepada tabiat membaca kita. Menurut Pusat Komunikasi Kelestarian KTH  yang berpusat di Sweden, sekiranya anda bermastautin di negara Eropah (di mana penjanaan elektrik mereka lebih mesra alam berbanding dengan Malaysia) dan hanya membaca berita selama 10 minit, maka surat khabar digital ataupun portal berita dalam talian adalah pilihan yang lebih mesra alam berbanding dengan surat khabar cetak. Ironinya, kebanyakan pembaca berita meluangkan masa lebih daripada 10 minit untuk membaca berita, sama ada secara dalam talian atau dalam bentuk nyata. Seperkara lagi, sebuah alat membaca e-buku ( e-reader ) seperti Kindle turut membawa implikasi yang sama atau lebih teruk berbanding dengan buku konv

Teknik Imbas Kembali Aktif - Cara membelajar yang paling efektif


Teknik imbas kembali aktif, atau active recall dalam bahasa Inggeris, merupakan satu teknik yang bertujuan untuk membantu kita mengingati fakta atau konsep baharu. Kita lumrahnya cuba menghafal sesuatu dengan menandakan perkara penting dengan pen penyerlah, membuat nota ataupun membaca bahan kita secara berulang-ulang. Namun begitu, cara-cara tersebut terbukti tidak berkesan, di sebaliknya sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2011 pula menunjukkan bahawa murid yang menggunakan teknik imbas kembali aktif berprestasi lebih baik (sebanyak 50%). 

Apabila kita mengaplikasikan teknik ini, kita akan cuba mengingatkan semula fakta tersebut dan bukannya berusaha memasukkan maklumat ke dalam minda dengan membaca atau menyalin semula fakta tersebut. Teknik imbas kembali aktif lebih menyukarkan dan memerlukan tenaga minda yang lebih banyak berbanding dengan teknik yang lain. Hal ini umpama berlatih di gimnasium. Walaupun prosesnya sukar dan memenatkan, namun hasilnya memang ketara.

Teknik ini haruslah digunakan bersama dengan teknik repitisi terjarak (spaced repitition) agar memori anda tentang konsep tersebut kekal dalam jangka masa yang panjang.

Cara pengaplikasian teknik imbas kembali aktif

Kad imbas

Kad imbas (flashcard) merupakan sejenis alat pembelajaran. Kad tersebut mempunyai soalan di muka hadapan dan jawapannya di muka belakang. Anda boleh menghasilkan kad imbas yang nyata, ataupun menggunakan kad imbas dalam talian seperti Anki dan Quizlet.

Anki amat berguna kerana perisian tersebut membolehkan anda mengaplikasikan teknik imbas kembali aktif dan teknik repitisi terjarak semasa anda belajar. Anda boleh menilai prestasi anda (sama ada anda telah menguasainya ataupun memerlukan lebih banyak latihan) dan algoritma tersebut akan menjadualkan masa bagi anda mengulang kaji fakta tersebut (semakin lemah penguasaan anda, semakin kerap pengulangannya). Walaupun demikian, anda hanya boleh menggunakan Anki setelah anda memuat turun perisian tersebut ke dalam komputer atau telefon pintar anda.

Oleh itu, penulis lebih gemar menggunakan Quizlet yang boleh digunakan secara dalam talian. Platform ini adalah percuma untuk digunakan dan mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Anki. Selain mempunyai reka bentuk yang lebih baik berbanding dengan Anki, Quizlet juga mengendalikan permainan-permainan yang menarik untuk membantu anda mempelajari sesuatu. Namun begitu, Quizlet tidak mempunyai fungsi repitisi terjarak seperti yang didapati dalam Anki.

Tanya soalan

Sebagai pengganti cara penghasilan nota yang tradisional, anda boleh menghasilkan nota anda dengan mencipta soalan anda dan menjawabnya semasa anda sedang mengulang kaji nota anda. Cara ini adalah lebih berkesan berbanding dengan cara menyalin dan membaca semula nota kerana kita akan cuba mengingati konsep tersebut semasa kita mengulang kaji. 

Kaedah ini serasi dengan cara penghasilan nota Cornell, anda boleh menghasilkan soalan-soalan berdasarkan fakta yang anda ingin hafal, dan mencatatkan jawapannya di kertas atau dokumen lain. Anda digalakkan untuk mencipta soalan-soalan ini tanpa merujuk buku teks (anda boleh menyemak semula selepas siap) untuk memperkasakan memori anda tentang konsep tersebut.

Setelah mereka soalan, anda haruslah mengulang kajinya dengan kerap. Tandakan soalan-soalan yang anda kurang menguasai dan memberikan tumpuan yang lebih banyak terhadapnya. 

Teknik Feynman

Richard Feynman merupakan ahli fizik dan pemenang Anugerah Nobel yang terkenal. Walaupun beliau sangat berpengetahuan dalam bidang fizik, beliau gemar belajar perkara baharu dan beliau akan meminta penjelasan daripada ahli-ahli sains yang lain. Setelah beliau mempelajari sesuatu, beliau akan cuba menjelaskannya dengan kata-kata yang mudah (bukan istilah sains yang sukar untuk difahami) kepada orang lain. Dengan cara ini, beliau boleh mengenal pasti bahagian-bahagian yang beliau masih belum menguasai secara penuhnya dan membuat penambahbaikan terhadapnya.

Berikut ialah empat langkah untuk mengaplikasi teknik ini:
  1. Mengenal pasti topik yang anda ingin mempelajari
  2. Menjelaskannya dengan kata-kata yang mudah
  3. Menyemak semula penjelasan anda
  4. Menambah baik dan meringkaskan lagi penjelasan anda

Mengajar orang lain

Kaedah ini merupakan situasi sama menang (win-win) kerana anda dapat memperkasakan pengetahuan anda tentang topik tersebut sambil membantu rakan anda yang masih tidak memahami konsep ini. Kaedah ini hampir sama dengan teknik Feynman dan memerlukan anda untuk mengimbas kembali topik tersebut. Penulis berpandangan bahawa teknik ini lebih berkesan dan mudah kerana kita dapat mengelakkan sebarang kebosanan semasa mengulang kaji kerana kita ditemani sahabat-sahabat dan lazimnya kita akan berbual-bual dan bergurau dengan rakan kita. Namun begitu, kita perlu berwaspada agar tidak berborak-borak sehingga terseleweng daripada niat asal kita.

Membuat latihan dan kertas ujian tahun-tahun lepas

Cara ini sesuai digunakan sebagai persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan kerana kita akan berulang kaji mengikut kehendak peperiksaan, jadi kita tidak akan cuba menghafal sesuatu yang langsung tidak berguna dalam peperiksaan. Kaedah ini juga membolehkan kita menyesuaikan diri dengan keadaan ujian sebenar. Akibatnya, kita tidak akan berasa terlalu stres, cemas dan kelam-kabut ketika menduduki peperiksaan. 



Rujukan:

Comments