Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan warga emas bagi jumlah kependudukan negara kita telah meningkat sebanyak 1.04%. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa negara kita berbakat menjadi
negara menua dalam beberapa tahun lagi. Pada masa yang sama, jurang antara golongan tua dan muda semakin melebar akibat pembangunan teknologi yang pesat dan keadaan urbanisasi di negara kita serta budaya yang semakin mempinggirkan warga tua. Keadaan ini akan menyebabkan kepupusan budaya tradisi,
ketidakbahagiaan dalam kalangan warga tua dan
masalah sosial seperti penyalahgunaan bahan. Oleh itu, pengkaji-pengkaji di Amerika syarikat mengemukakan cara penyelesaian bagi masalah ini, yakni melalui program pembelajaran integenerasi. Kaedah ini telah mendapat sambutan baik dan diduplikasikan di negara-negara lain, termasuklah negara kita.
Program Tempatan
Di Malaysia, kaedah ini dipelolori oleh beberapa pengkaji di Universiti Malaya. Mereka telah melaksanakan dua program sedemikian yang melibatkan kedua-dua generasi ini. Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) yang terletak di Universiti Putra Malaysia turut telah menganjurkan program pembelajaran intergenerasi di Kajang.
Dalam beberapa program ini, orang tua dan muda akan saling mengajar pihak yang lain kemahiran-kemahiran yang mereka tahu. Misalnya dalam salah satu program yang dilaksanakan pada tahun 2016, golongan tua akan mengajar golongan muda cara menganyam bakul, dan orang muda pula akan mengajar warga tua cara penggunaan Internet. Kesannya, kita dapat memastikan budaya tradisi kita diteruskan, di samping mewujudkan golongan tua yang celik teknologi. Namun, aktiviti-aktiviti yang diaturkan perlu sesuai dengan kedua-dua generasi ini. Oleh itu, acara yang dilaksanakan dalam program sebegini akan bervariasi.
Program Asing
Tinggal bersama golongan tua
Terdapat
program di negara asing di mana pelajar universiti akan menyewa dan tinggal di rumah warga emas. Mereka akan diberi diskaun bagi yuran sewa mereka, tetapi dengan syaratnya mereka perlu menemani dan menjaga warga tua yang tinggal di situ.
Penglibatan warga emas dalam pengajaran sekolah
Dalam program-program sedemikian, pihak sekolah akan bekerjasama dengan rumah orang tua untuk melibatkan warga emas dalam proses pengajaran mereka. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembacaan buku cerita oleh warga emas, bengkel penghasilan kraf tangan, perkongsian pengalaman (terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah) dan perbincangan dalam kelas.
Pusat penjagaan bergabung bagi orang tua dan kanak-kanak
Di Seattle, terdapat
sebuah pusat penjagaan orang tua yang mempunyai perkhidmatan nurseri kanak-kanak di dalamnya. Terdapat juga negara-negara yang menggabungkan tadika dengan pusat penjagaan orang tua di sebuah bangunan yang sama. Dengan cara ini, orang tua akan bertanggungjawab menjaga kanak-kanak di pusat penjagaan atau melakukan aktiviti bersama kanak-kanak, dan dengan cara ini warga emas tidak akan berasa sunyi.
Rujukan:
- https://www.sinchew.com.my/content/content_2472838.html
- Kee Shing, Ngu, Siraj, Saedah & Alias, Norlidah, 2020. "Program Intergenerasi untuk Kesejahteraan".
- Findsen, B., & Formosa, M. (2016). International perspectives on older adult education: research, policies and practice.
- Shing, N.K., Alias, N., Siraj, S., Kenayathula, H.B., DeWitt, D. and Hussin, Z., 2017. KAJIAN DAN TREND DALAM BIDANG PROGRAM INTERGENERASI DARI TAHUN 2000-2013. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(2), pp.35-44.
Comments
Post a Comment