Yang manakah lebih mesra alam: Cetak atau digital?

Sudah tentu pernah kita membaca pesanan sebegini di hujung e-mel: Jagalah bumi kita dan jangan cetak e-mel ini kecuali untuk urusan penting. Namun, adakah pendekatan tanpa kertas lebih mesra alam sedangkan alat elektronik kita juga mempunyai jejak karbon yang tinggi? Jawapannya sebenarnya bergantung kepada tabiat membaca kita. Menurut Pusat Komunikasi Kelestarian KTH  yang berpusat di Sweden, sekiranya anda bermastautin di negara Eropah (di mana penjanaan elektrik mereka lebih mesra alam berbanding dengan Malaysia) dan hanya membaca berita selama 10 minit, maka surat khabar digital ataupun portal berita dalam talian adalah pilihan yang lebih mesra alam berbanding dengan surat khabar cetak. Ironinya, kebanyakan pembaca berita meluangkan masa lebih daripada 10 minit untuk membaca berita, sama ada secara dalam talian atau dalam bentuk nyata. Seperkara lagi, sebuah alat membaca e-buku ( e-reader ) seperti Kindle turut membawa implikasi yang sama atau lebih teruk berbanding dengan buku konv

Pengenalan

Tentang Saya

Saya merupakan seorang murid sekolah menengah. Saya suka mencari maklumat dan belajar perkara baharu, oleh itu saya mempunyai berbagai-bagai jenis idea dan fikiran dalam minda saya. Oleh sebab kebanyakannya merupakan infomasi yang kurang dibincangkan dan diketahui oleh orang ramai, saya ingin berkongsikannya melalui blog ini.

Tentang Blog Ini

Blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan infomasi tentang pelbagai perkara, termasuklah isu alam sekitar, pendidikan, reka bentuk dan isu sosial. Blog ini ditulis dalam bahasa Melayu kerana saya berasa dalam Internet masih berkekurangan laman web bahasa Melayu yang berinfomasi dan berkredibiliti. Hal ini penting untuk mewujudkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia.

Demi memastikan maklumat yang disampaikan sahih dan tepat, saya akan berusaha sekadar termampu untuk melampirkan pautan sumber saya (sekiranya sumber tersebut berbentuk laman web) atau menyatakannya dalam bahagian rujukan (sekiranya sumber tersebut merupakan bahan terbitan).